Sudah lama tak update blog. So azam tahun ni, insyaallah akan consistence utk update something yang bermanfaat utk kawan-kawan.
So sebelum aku merapu panjang lebar, baik aku direct to the point yg sebenarnya aku nak share pasal Kazan.
Intro siket pasal Kazan. Kazan adalah bandar ketiga terbesar di Russia. Komposisi penduduk islam di sini ramai khabarnya. Tapi entanlah. Sepajang tiga hari dua malam aku kat Kazan tak nampak plak muslimah berhijab. Kawan aku cakap, mungkin dieorang sejuk. Tak keluar musim winter , hihi. We dont know.
Ni adalah train station to kazan in Moscow. Kazansky vokzal. Terletak berdekatan dengan metro komsolskaya.
Okay lupa nak bagitau aku pergi bersama dua lagi rakan serumah, iaitu ain dan katy. So terhasillah #MAKtravelogue dekat instagram. Kenapa MAK? Bunyi macam tua je. Sebab gabungan muni ain dan katy. Hihi
Lupa juga, nak cakap kiteorg ke sana naik train je. Alah biasalah, student life. Jimat sikit ( tapi sebenarnya tak pernah cari pun harga flight berapa sbb nak rasa naik train plak )
Perjalanan dari Moscow ke Kazan tak lama pun, 13 jam je. So kalau pergi malam tak boring sanagt kot sbb boleh tido. Kalau perjalanan siang tu...hhuuummm bosan gak ah. So better prepare something yg bermanfaat kalau tiket kalian waktu pagi or tengah hari. Jangan lupa bawak bekal skali.
Alhamdulillah kami sampai di Kazan dengan selamat dan pada waktu yang tepat gak lah. Okay sampai kat Kazan, kalau korang nak guna taxi, make sure cari taxi yang dia tulis taxi dekat kereta atau pastikan taxi tu bermeter. Kalau naik taxi biasa, confirm kena tipu. Memang dieorang charge harga taxi moscow lah. 5 kali ganda bezanya. We olls dah kena dah. So sad.
Haritu kiteorang tinggal kat Daily Hostel. Jauh gak lah dari center. Komen pasal hostel, humm not bad. Tapi waktu pagi tak de air panas. So melompatlah mandi air sejuk. Haha. Nama lagi hostel, bathroom kena kongsi. Tapi hostel ni lagi better dari piggy hostel dekat amsterdam. So rate, 3.5/5 kot. Tak bagi 5 sbb dieorg tak kasi pun breakfast yg kiteorg request dan bayar tu. Satu lagi, bilik dia sejuk gak la. Sbb mase kiteorg pegi tu suhu Kazan feels like -37.
Hari pertama sampai, lepas mandi solat, kiteorang terus keluar dan ikot plan nak pergi banyak tempat. Tapi Allah punya plan lagi hebat. Kiteorang sempat pegi dua tempat je. Iaitu theater ekijjat atau dalam ruski dia театр кукол экият dan Bauman street ( arbat street kazan ).
So ni lah bangunan dia pada waktu malam. Ade ape je kat sini? Alahh ni tempat kanak2 tgk theater fairy tails.
Kiteorang tak tengok pun. Masuk utk panaskan badan je. Hihi.
Time kiteorang pegi tu ade mcm entanlah, tempat budak2 main. Tak pandai nak describe mcm mana. Haha. Mohon gambar kat bawah jelaskan.
Sebab kesejukan, kiteorang pun bawa diri utk keluar dari kawasan ni. Dannn. Terjumpa metro. Barulah tahu yg theater tu dekat je dengan metro station. So, nasihat aku, kalau nak gi mne2 better naik metro je. Ataupun amik mana2 yang tuju ke metro. Sbb bas kat sini tak banyak mcm moscow. Dan tak semua jalan ada bas lalu. Jadi utk jimatkan masa dan tenaga, lebih baik naik metro je.
Nasihat ni berdasarkan pengalaman. Selepas 10 min panaskan badan dlm metro station, tambah internet slow kat bawah tanah, kiteorang pun bawa diri ke bauman street sbb tau kat situ je ade mknn halal. Kiteorang pun tanya lah mak cik metro tu bauman street tu dekat mana. Die pun cakap la, next stop je, plosyad tukaya atau inggerisnya tukaya square.
Ni lah metro station tu.
Rupa metronye sama cantik je dengan dekat moscow. Sebijik. Cuma uniknya, annunciation metro dieorang ada dua bahasa yakni ruski dan english. Kat moscow ada bahasa russia je. Harga tiket 30 ruble je.
Kalau bas dieorang ada tiga bahasa, iaitu ruski, tartar dan english. Bas plak, korang boleh beli tiket dekat dalam bas tu. Harga tiket bas, 20 ruble je.
Sesampainya kami di bauman street, sempat lagi posing walaupun perut dah berbunyi. Biasalah perempuan kann .
1. Lover Burger
2. Kedai turkish tapi lupa nama dia.
3. Sultan Kebab
Kat sini tak de pun nasi. Kiteorang nak makan burger tp xde plak. So pizza je lah. Harga pizza ni 199 rub je, kalau nak tambah perisa pape kena tambah 50 ruble lagi contohnya ayam ke daging ke pape jelah.
4. Rubai
Tak pernah try pun sbb tak jumpa. Hari last masa kitoerg nak balik hostel dah baru nampak kedai ni.
Kedai no 1 dan 2 terletak kat dalam GUM je. Kedai no 3 terletak dekat dengan Epiphany bell tower. Dan kedai no 4 terletak di lorong sebelah kanan dekat first junction dekat bauman street tu.
Macam mana rupa Epiphany bell tower? Mcm kat bawah ni.
Dekat belakang dia ade cathedral.
Selain tu kiteorang pegi jugak dekat kremlin. Kalau ikotkan sejarah kremlin tu kawasan pemerintahan beraja Kazan pada dahulu kala. Dan keturunan yg jadi pemerintah masa tu adalah keluarga Khan. Kalau tak silap macam tu lah.
Ape je ada dekat Kremlin tu? Banyak je... Antaranya....
2. Soyumbika tower
Dongeng bangunan ni lebih kurang dengan puteri gunung ledang lah kot. Sebabnya, queen soyumbika ni cakap dekat Ivan, kalau nak kahwin dengan dia kena bina bangunan 7 tingkat dalam masa satu hari. Ivan tu adalah ketua army moscoviet yg tawan kazan pada ketika itu. Pendekkan cerita Ivan dapat siapkan bangunan ni dalam masa 1 minggu je. Legend mengatakan yang puteri soyumbika naik ke tingkat atas sekali dan terjun dek sebak melihat rakyatnya. In fact, soyumbika tak terjun pun. Sbb tu lah lembu punya susu sapi dapat nama. Hihi
3. Banyak lagi bangunan dlm kawasan kremlin. Mohon cari sendiri. Banyak sgt.
Next, kiteorang pegi jugak dekat museum of sosialist life. Dekat arbat tu je. Lokasi dia, dekat first junction lepas korang jumpa gum, ke kanan korang akan nampak rubai restoran, dan ke kiri korang pergi je terus smpai jumpa muzium tu. Senang je nak cari. Tak susah pun.
Banyaklah tinggalan sejarah yang korang boleh jumpa kat situ. Barang rare.
Ni plak gambar dekat dapur hotel kiteorang duduk. Daily Hostel.
Last but not least gambar dalam train 😂
Moga perkongsian ni dapat bg manfaat kepada semua. Search #MAKtravelogue on instagram for more picture. Kot2 senang nak cari location yang kiteorang checked in. Maaf kalau ada salah silap. Bye.
































