24 November 2013

Halusinasi ke?

Assalamualaikum.
 Mungkin lama diri ini menyepi dari alam maya ini. ya, agak lama.

Halusinasi. 
Ya halusinasi.

Kelibat itu kelibat ini.
Mungkin ada yang percaya mungkin ada yg rasa, " eh, betul ke dia ni? "

Hari berganti hari. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Percaya atau tak, perkara ni dah aku alami masa kecil lagi. Hilang dalam rumah sendiri. Pukul 3 pagi sampai subuh arwah abah dan mama kalut cari aku. Percaya ke tak ini hakikat.

Sekolah rendah, dekat sekolah pernah je nampak benda yang tak sepatutnya nampak. Arwah abah tak percaya benda-benda macam ni. Aku pun tak fikir sangat, ye lah. main tengok tv lagi best kot dari fikir benda mengarut ni. Samapilah satu hari, dekat rumah nenek di Pulau Duyong. Biasalah, sekolah abis awal, balik tengok tv, bosan tengok tv tutup tv. Boleh pulak aku nampak bayangan perempuan dalam tv tu. Rambut panjang seolah-olah ada bunga diselit di telinga. And I was like " eh, sejak bila cik su rambut panjang ? siap pakai bunga lagi? "

shiiii..... bunyi ikan kena goreng kat dapur. Dengan slumbernya bangun pegi dapur. Dan.... yang bestnya semua orang ada kat dapur. Bila aku toleh kat bilik cik su, okay langsir je berangin. Macam dalam cerita mistik plak you.

Okay, abaikan. Budak-budak kot mase tu. tak tahu pape.

Masuk je asrama, dekat sebuah sekolah dekat Setiu. Maaf identiti sekolah dirahsiakan. Sekolah ni menarik gak ah. Bukan setakat orang tak de kaki aku pernah nampak, tapi orang yang cuba bunuh diri atas katil, beruk hitam, manusia dalam kain kafan, gadis ayu yang matanya terkeluar. Tapi tapi tapi.. disebabkan dah terbiasa dan malam-malam memang selalu je kena tindih, aku dah lali. Tak rasa pape. Kalau nampak pun, just bgtau kawan supaya tak lalu kawasan tu. 

Sehinggalah satu malam. Nak tidur tapi mata tak ngantuk. Nak main barang haram @ hanset takut kantoi dengan kawan sebelah. Tetiba ada sorang budak dorm aku bangun, entah dia cakap apa. Dlam hati, oh ada yang xtido lagi.. Apa lagi aku bangun la panggil dia. Eh boleh pulak dia tido balik dan buat tak tau je aku panggil. And I was like " okay, fine. ". Tarik selimut dan cuba untuk tidur. Pejam je mata , nampak ada orang datang dekat dengan aku. Okay rilek rilek. Cuba tenangkan diri. Tak lama lepas tu memang rasa ada orang baring sebelah aku. Aaahhh, masa tu memang rasa takut gila, tak tahu kenapa aku nangis. Tengah-tengah nangis boleh pulak dengar ada orang pujuk " JANGAN LAA NANGIS "

Okay ini bukan khayalan. Aku pun apa lagi, buka pintu dorm, naik dorm atas. Naik dorm kawan aku. Nasib aku baik, sebab dia tak tidur lagi walapun mase tu dah 12.15 am kot. Lebih kurang la. Pergi kat katil dia mintak duit syiling, nak buka loker aku memang tak la lepas apa yang berlaku. Dapat je duit syiling 1 beg kecik yang penuh dengan syiling aku pun turun bawah. Call mama. Sumpah aku rasa nak pindah time tu jugak. Sebab dah 2 3 hari tak leh tido. Tapi malam tu memang uuurrgghh xtahu nak cakap macam mana.

Bincang punya bincang dengan cikgu. Rupanya cikgu tu tahu yang aku selalu nampak benda bukan-bukan dekat sekolah. Pelik jugak time tu. Alah, abaikan. 14 tahun masa tu. Maybe terpengaruh dengan cerita melayu kat Malaysia ni kot.

Okay, selepas banyak perkara aneh yang mama tak leh nak control, aku pegi sekolah harian biasa. Heaven gila sebab boleh pilih nak pergi sekolah hari apa. HAHA. Okay ini luar topik. Pindah sekolah, dengan rumah sekali kiteorang pindah. Dekat rumah, mual-mula pindah, jarang sangat pergi sekolah. Nak Buat macam mana, first day dah ada orang ajak gaduh. Tapi, Muni kot, tak layan benda remah macam tu. Buat semak je. Duduk rumah tu, biasa je kalau malam-malam kena cekik. Dan tangan " benda " tu besar gila. Tapi macam mama cakap la, bca ayat kursi banyak-banyak. ulang ulang ulang. 

Biasalah. Tak pergi sekolah. Malam, malam, pukul 11 baru nak start study. Pkul 3 pagi baru nak tidur. Biasa je sambil study dengar orang berlari dalam rumah sendri walhal suma ahli keluarga aku dah tidur. Degar orang buka peti, buka paip air kat dapur, dah biasa dah. Teruskan study. Abaikan buni-bunyi tu. Bila masuk je bilik, baru landing, DUUMMM bunyi ada orang hentak pintu bilik. Okay itu pun biasa. Sambung tidur.
Alah, tu perassan je kot.

Upper form, pindah sekolah lagi. Masuk asrama lagi, salah satu maktab rendah sains mara di Terengganu. Okay identiti dirahsiakan lagi. Almost every night mama akan pagar tempat tidur aku. Ada satu malam, nampak orang berdiri depan loker aku dan memang malam tu tak leh tidur. Pagi keesokan harinya mama call bgtau dia xleh pagar tempat tidur aku semalam, tak nampak katanya. Okay sorry warden-warden, jelas di sini aku sentiasa bawak benda haram ke asrama. Tapi sebab dah biasa masa form 1 form 2, dah lali dengan apa yang berlaku dekat sekolah lama, bertahan je la.

Sampailah satu malam, dalam kelas, waktu prep malam aku nampak ada sorang laki ni nak tikam aku. Keliling kelas pusing. Warden kasi aku balik umah. Pergi rumah ustaz. Bla bla bla. Letih, bosan nak layan benda macam ni.

Dan sekarang dah tinggalkan tanah air. Tapi sama je, malah aku rasa macam lagi teruk.
Kalau dulu aku nampak ada orang tunggu depan pintu bilik, cekik aku.
Dan sekarang.....

Terdetik nak tulis ni sebab nampak kelibat perempuan masuk bilik ni. Dan saat aku tengah taip cerita mengarut ni sumpah aku nampak ada orang duduk atas katil kawan aku and she is staring at me. I dont know what to do. Adakah ini halusinasi aku ?

Kadang-kadang rasa terganggu, sebab jadual tidur lain dari orang lain. Pukul 3 4 pagi orang tidur dan aku masih lagi jadi burung hantu.

Percaya adanya syaitan. Tapi kenapa berupa perempuan? Ya kebanyakan perempuan. Ada yang cantik ada yang buruk. Dan ada yang pakai telekung seperti yang tengok aku tadi.

Rasa marah. Geram pun ada. Aku letih, penat, sedih. Maaf andai entri ni bagi effect negative kat orang lain. Tapi.. Rasa macam nak marah setiap kali nampak benda-benda macam ni. Nak marah sebab tak tahu apa dia nak dari aku.

Entah, atau mungkin halusinasi lagi. Abaikan kalau ada typo, biasalah awal pagi. Malas nak cek. Okay bye.
Publish.

No comments:

Post a Comment