24 November 2013

Halusinasi ke?

Assalamualaikum.
 Mungkin lama diri ini menyepi dari alam maya ini. ya, agak lama.

Halusinasi. 
Ya halusinasi.

Kelibat itu kelibat ini.
Mungkin ada yang percaya mungkin ada yg rasa, " eh, betul ke dia ni? "

Hari berganti hari. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Percaya atau tak, perkara ni dah aku alami masa kecil lagi. Hilang dalam rumah sendiri. Pukul 3 pagi sampai subuh arwah abah dan mama kalut cari aku. Percaya ke tak ini hakikat.

Sekolah rendah, dekat sekolah pernah je nampak benda yang tak sepatutnya nampak. Arwah abah tak percaya benda-benda macam ni. Aku pun tak fikir sangat, ye lah. main tengok tv lagi best kot dari fikir benda mengarut ni. Samapilah satu hari, dekat rumah nenek di Pulau Duyong. Biasalah, sekolah abis awal, balik tengok tv, bosan tengok tv tutup tv. Boleh pulak aku nampak bayangan perempuan dalam tv tu. Rambut panjang seolah-olah ada bunga diselit di telinga. And I was like " eh, sejak bila cik su rambut panjang ? siap pakai bunga lagi? "

shiiii..... bunyi ikan kena goreng kat dapur. Dengan slumbernya bangun pegi dapur. Dan.... yang bestnya semua orang ada kat dapur. Bila aku toleh kat bilik cik su, okay langsir je berangin. Macam dalam cerita mistik plak you.

Okay, abaikan. Budak-budak kot mase tu. tak tahu pape.

Masuk je asrama, dekat sebuah sekolah dekat Setiu. Maaf identiti sekolah dirahsiakan. Sekolah ni menarik gak ah. Bukan setakat orang tak de kaki aku pernah nampak, tapi orang yang cuba bunuh diri atas katil, beruk hitam, manusia dalam kain kafan, gadis ayu yang matanya terkeluar. Tapi tapi tapi.. disebabkan dah terbiasa dan malam-malam memang selalu je kena tindih, aku dah lali. Tak rasa pape. Kalau nampak pun, just bgtau kawan supaya tak lalu kawasan tu. 

Sehinggalah satu malam. Nak tidur tapi mata tak ngantuk. Nak main barang haram @ hanset takut kantoi dengan kawan sebelah. Tetiba ada sorang budak dorm aku bangun, entah dia cakap apa. Dlam hati, oh ada yang xtido lagi.. Apa lagi aku bangun la panggil dia. Eh boleh pulak dia tido balik dan buat tak tau je aku panggil. And I was like " okay, fine. ". Tarik selimut dan cuba untuk tidur. Pejam je mata , nampak ada orang datang dekat dengan aku. Okay rilek rilek. Cuba tenangkan diri. Tak lama lepas tu memang rasa ada orang baring sebelah aku. Aaahhh, masa tu memang rasa takut gila, tak tahu kenapa aku nangis. Tengah-tengah nangis boleh pulak dengar ada orang pujuk " JANGAN LAA NANGIS "

Okay ini bukan khayalan. Aku pun apa lagi, buka pintu dorm, naik dorm atas. Naik dorm kawan aku. Nasib aku baik, sebab dia tak tidur lagi walapun mase tu dah 12.15 am kot. Lebih kurang la. Pergi kat katil dia mintak duit syiling, nak buka loker aku memang tak la lepas apa yang berlaku. Dapat je duit syiling 1 beg kecik yang penuh dengan syiling aku pun turun bawah. Call mama. Sumpah aku rasa nak pindah time tu jugak. Sebab dah 2 3 hari tak leh tido. Tapi malam tu memang uuurrgghh xtahu nak cakap macam mana.

Bincang punya bincang dengan cikgu. Rupanya cikgu tu tahu yang aku selalu nampak benda bukan-bukan dekat sekolah. Pelik jugak time tu. Alah, abaikan. 14 tahun masa tu. Maybe terpengaruh dengan cerita melayu kat Malaysia ni kot.

Okay, selepas banyak perkara aneh yang mama tak leh nak control, aku pegi sekolah harian biasa. Heaven gila sebab boleh pilih nak pergi sekolah hari apa. HAHA. Okay ini luar topik. Pindah sekolah, dengan rumah sekali kiteorang pindah. Dekat rumah, mual-mula pindah, jarang sangat pergi sekolah. Nak Buat macam mana, first day dah ada orang ajak gaduh. Tapi, Muni kot, tak layan benda remah macam tu. Buat semak je. Duduk rumah tu, biasa je kalau malam-malam kena cekik. Dan tangan " benda " tu besar gila. Tapi macam mama cakap la, bca ayat kursi banyak-banyak. ulang ulang ulang. 

Biasalah. Tak pergi sekolah. Malam, malam, pukul 11 baru nak start study. Pkul 3 pagi baru nak tidur. Biasa je sambil study dengar orang berlari dalam rumah sendri walhal suma ahli keluarga aku dah tidur. Degar orang buka peti, buka paip air kat dapur, dah biasa dah. Teruskan study. Abaikan buni-bunyi tu. Bila masuk je bilik, baru landing, DUUMMM bunyi ada orang hentak pintu bilik. Okay itu pun biasa. Sambung tidur.
Alah, tu perassan je kot.

Upper form, pindah sekolah lagi. Masuk asrama lagi, salah satu maktab rendah sains mara di Terengganu. Okay identiti dirahsiakan lagi. Almost every night mama akan pagar tempat tidur aku. Ada satu malam, nampak orang berdiri depan loker aku dan memang malam tu tak leh tidur. Pagi keesokan harinya mama call bgtau dia xleh pagar tempat tidur aku semalam, tak nampak katanya. Okay sorry warden-warden, jelas di sini aku sentiasa bawak benda haram ke asrama. Tapi sebab dah biasa masa form 1 form 2, dah lali dengan apa yang berlaku dekat sekolah lama, bertahan je la.

Sampailah satu malam, dalam kelas, waktu prep malam aku nampak ada sorang laki ni nak tikam aku. Keliling kelas pusing. Warden kasi aku balik umah. Pergi rumah ustaz. Bla bla bla. Letih, bosan nak layan benda macam ni.

Dan sekarang dah tinggalkan tanah air. Tapi sama je, malah aku rasa macam lagi teruk.
Kalau dulu aku nampak ada orang tunggu depan pintu bilik, cekik aku.
Dan sekarang.....

Terdetik nak tulis ni sebab nampak kelibat perempuan masuk bilik ni. Dan saat aku tengah taip cerita mengarut ni sumpah aku nampak ada orang duduk atas katil kawan aku and she is staring at me. I dont know what to do. Adakah ini halusinasi aku ?

Kadang-kadang rasa terganggu, sebab jadual tidur lain dari orang lain. Pukul 3 4 pagi orang tidur dan aku masih lagi jadi burung hantu.

Percaya adanya syaitan. Tapi kenapa berupa perempuan? Ya kebanyakan perempuan. Ada yang cantik ada yang buruk. Dan ada yang pakai telekung seperti yang tengok aku tadi.

Rasa marah. Geram pun ada. Aku letih, penat, sedih. Maaf andai entri ni bagi effect negative kat orang lain. Tapi.. Rasa macam nak marah setiap kali nampak benda-benda macam ni. Nak marah sebab tak tahu apa dia nak dari aku.

Entah, atau mungkin halusinasi lagi. Abaikan kalau ada typo, biasalah awal pagi. Malas nak cek. Okay bye.
Publish.

13 April 2013

Sejauh mana kebergantungan kita pada Allah

Assalamualaikum.

Mungkin sudah lama diri ini tidak mengkhabarkan sebarang berita. Maaf kepada kawan-kawan yang saya jarang hubungi dek masa kita berbeza, kesibukan dunia yang tak seberapa, kekurangan diri mengurus masa dll. Maaf sangat-sangat. Saya baca suma chat korang terkadang postpone nak reply. lepas tu tak ingat dah. sungguh diri ini mohon maaf.

Post kali ini bukanlah sekadar luahan kosong. Ini perkongsian. Perkongsian tentang apa yang telah saya lalui. Moga memberi ibrah kepada semua.

Sungguh diri ini bukanlah sempurna, bukanlah naif, bukanlah warak tapi insyaAllah mencuba untuk menjadi yang lebih baik. Dan setiap langkah itu diri ini diuji. Permulaanya saya pendam dan terus pendam. 

Tiba satu pringkat terkeluar dari mulut ini, " Ya Allah berat sungguh dugaan ini. " Ada juga diri ini merayu meminta pertolongan dari yang laen. Dengan izin Dia mereka-mereka yang membantu sedikit sebanyak memulihkan semangat ini.

Saya nak kongsi kisah saya dengan roomate. Dia bukan seagama denganku yakni bukan Islam. Dia bukan sebangsa dengan aku, yakni bukan Melayu.

Minggu lepas diri ini terganggu dan 3 malam berturut-turut saya tak boleh tidur. Sungguh saya rasa sangat lemah letih sedih macam-macam. Aturan Allah, keesokkan harinya saya ada oral exam, subjek physiology. Blaja kat sini mostly oral ( depends on cikgu jugak ).

Lepas 3 hari tak tidur, malam exam tu saya tak dapat nak fokus pada study dan pilih untuk tidur. Keesokkannya, 15-20 minit sebelum ke kelas saya bukan buku dan ulang balik apa yang patut.
Roomate saya tolong saya. Dia berlagak jadi cikgu physio saya. Memang agak psycho dia pagi tu tapi saya tahu dia nak tolong saya.

Dan pesanan dia pada saya, Muni you can do it. You must pray. Pray everytime. Makan pun doa, nak tidur pun doa. Kena doa banyak-banyak. Memang kena mintak dengan dia.

Respon aku ----> Hanya tersenyum dan angguk. *speechless* Sungguh terdetik di hati " kuat sungguh kebergantungan dia pada dia punya tuhan. Sepatutnya aku mesti kena lebih dari dia jika benar aku tadabur ayat-ayat Allah dengan hati terbuka, dengan ikhlas.

Setibanya waktu exam tu, seriously secara mental saya memang tak sedia. Dah 3 bulan ulang benda sama. Sungguh saya tawakkal je masa tu dan niat di hati rezeki bukan di tangan cikgu ( Mr. Pavel ). Rezeki semuanya ketetapan Allah, Pavel hanya boleh jadi penyebab je.

Masa jawab tu saya memang kena tanya banyak gila tapi Alhamdulillah boleh jawab semua. Dan hari tu saya pass tajuk tu. Rasa macam tak percaya sebab memang tak sempat study.

Sedang mengaminkan doa lepas solat maghrib, terdengar dia masuk bilik, baru balik dari kelas agaknya. Dia tanya saya pass ke tak. Bila dia tahu saya pass exam tadi, dia terus peluk. *terharu*

Then, dia cakap thanks god. Lepas tu dia tanya saya " you doa tak? ". Saya jawab dah. Dia tanya lagi " betulkan I cakap kena doa? Kena mintak betul-betul. Kena doa banyak-banyak. Wahhhh.... Betul-betul ajaib. Miracle !  " 

Dia cakap ajaib sebab dia tahu saya tak habis study tak sempat nak study. Dia tahu saya tak sihat. Nak makan pun dia suap masa saya demam.

Biarpun dia bukan seagama denganku, dengan izin Allah, kehadiran dia dapat kuatkan lagi kebergantungan saya pada tuhan yang maha esa. 

Betul jika kita ingin dekatkan diri pada Dia, Dia berlari menghampiri kita. Salah satu caranya dengan kata-kata orang sekeliling yang sentiasa membawa kita pada Dia. Doaku, moga roomateku ini mendapat hidayah dan reconvert pada Islam. Dia pun pernah bagi tahu dia tenang tidur dengan ayat al-quran. Kalau dia boleh tenang dengan ayat Allah kenapa kita mencari lagu yang entah apa-apa untuk tenangkan diri?

Renung-renungkan. SEJAUH MANA KEBERGANTUNGAN KITA PADA ALLAH? Diuji dan ditegur oleh non-muslim, rasa macam kena penumbuk ngan Goku je. Moga bermanfaat. Yang baik dijadikan tauladan kekurangan dijadikan sempadan. Maaf kalau bahasa teruk. Erkkk. Sekian.

7 March 2013

hatiku di sana


Assalamualikum.
 First of all, thanks kepada sume yang bertanya khabar pasal aku. Ngeh ngeh. Sumpah terharu! Ahhhh! *sebak sebak.. mataku berkaca* ops xde lah. saje hiperbola.

sudah lama diri ini menyepi.. kekadang muncul di fb untuk seketika. muncul situ sini untuk seketika. Kepada yang sangat mengenali diri ini memang akan cakap " muni sombong " sebab xbanyak cakap macam dulu. *mungkin*

sebenarnya tak. aku same je macam dulu. cuma dalam proses mematangkan diri. HAHA!
ye la. xkan nak berada di takuk yang sama kan? whateverlah.

Fuhh.. Bab update blog memang malas tapi lagi malas nak jawab soalan yang sama berulang kali. Kadang-kadang aku fikir baik update je blog, then xperlu reply bende yang sama kepada orang berbeza. well, dunia sekarang ! kalau bercakap face to face ulang bende yang sama aku xkisah pun. hikhik. *teringat pulak aku kat cikgu sejarah masa form 5.* maafla cikgu sufian, saya dulu nakal sikit je. hihi

sudah-sudahla melalut. Alhamdulillah winter break baru ni aku berkesempatan pergi ke Amsterdam & Paris bersama sembilan lagi girlfriends aku. 

okay macam biasalah, let picture describe everything. hihi. *malas* 
























look at the black house. rumah paling tua di amsterdam!




















Thats all about Amsterdam !

NEXT, all about Paris :)


















































okay. sampai sini je la kot. huhu. aku kat sini okay okay je. jumpa lagi minggu depan, bulan depan atau tahun depan. HAHA. bye!




28 December 2012

salahkah aku meminta

Assalamualaikum.
Benar, dulu aku pernah melakukan kesilapan. Tapi kesilapan lalu bukanlah menjadi penghalang untukku memperbaiki diri. Moga yang lepas itu menjadi pengajaran buat diri ini. Alangkah gembira hati ini jika kesilapanku dulu menjadi benteng kepada orang lain jugak.
Kholas. Biarkan yang lepas menjadi teladan yang mendatang menjadi kebahagiaan dalam mencari cinta abadi.
" Lelaki baik untuk perempuan baik " dan sebaliknya.
" Aku kena jadi baik untuk dapat suami yang baik "
EH, kenapa tetiba cakap pasal ni?
sebab terjumpa gambar ni. . .


Kuatkah aku untuk bangkit semula? InsyaAllah dengan izinNya aku mampu.
Walapun tiada sokongan daripada dia. 
Tidak mengapa, aku masih ada mama dan adik-adik. Aku pasti arwah abah pun suka aku semakin rajin mencari cinta illahi. tidak ku kesah kepada sesiapa yang ingin tertawakan aku. Mereka tak perlu ambil tahu.
kenapa? kerana aku yakin dengan kasih sayang dia.


 " Jadilah pencintamu mencintaiku jua ya Allah. "

Salahkah aku meminta yang lebih baik daripada diri ini?


Ketepikan soal itu untuk kesetika. Biarlah masa menentukan segalaNya.

Btw, thanks ustaz Haris untuk gambar ni. Saya harap masih ada "tag" dari ustaz lepas ni. Usaha ustaz ini sangat membantu anak didikmu yang lemah ini.



benar..itu adalah kata-kata dariNya jua yang hanya disandarkan oleh ustaz.

Moga diri ini selalu didampingi sahabat-sahabat yang mengejar cintaMu.

Aku juga ingin menjadi seperti para sahabat yang selalu ditemani teman yang mencinta Allah dan Rasul. Walaupun aku tidak berpeluang untuk merasai kehidupan bersama Rasulullah, setidaknya aku berusaha untuk merasai kehidupan bersama Rasulullah di alam sana.

Sahabat, doakan ana.






16 December 2012

girls outing

Assalamualaikum. 
Hey hey hey. Im gonna share my sweet moment with my friends here. Actually duduk kat Moscow ni tak la best sangat tapi dengan adanya kawan-kawan yang best, homesick makin kurang :P


Last Friday, lepas je habis kelas biochemistry kiteorang ( gegirls je ) pergi mamam dekat sebuah restoran kat moscow ni. Actually it is not a halal restoran tapi kiteorang amik seafood je. Buah buah, kek dll. 


Nak tahu ape kiteorang makan tak? Come and follow this entry ! 


jyeah ! this is mine !














cost : almost RM90




gabungan makanan kiteorang..hihi
semua sekali habis hampir mencecah RM400


happy boleh makan banyak !






candid :)


Moga hubungan ini kekal. Aku sayang kamu kerana Allah.

7 December 2012

light fes 2012

Assalamualaikum.

First of all, adikku, sorry lambat upload video ni. Hihi, memang dah basi tapi at least tunaikan ^_^






suasana malam tu. sumpah ramai !


itu sahaja untuk kali ni. ceria-ceria selalu. bye !

2 December 2012

Bila terasa rindu

Assalamualaikum.
Malam ni aku xtahu kenape tetibe excited bile Tery post gambar mase form 5 dulu. Aku rindu korang. 


" dua jiwa yang dah sebati bukan mudah untuk dipisahkan " - lebih kurang skrip Istanbul Aku Datang

Yes, ada betulnya. Korang memang gempak kot. Even kena label kelas paling bising, keceriaan tu still berterusan dan yang paling penting kerja jalan.


Biasalah, semua manusia pernah buat silap, termasuk kita semua. Yang dah lepas tu biarkan berlalu dan jadikan yang lepas itu sebagai pengajaran.


Kepada semua mantee aku , Ain, Pikah, Cerah & Pok jak, all da best for your future. Mungkin aku mentor yang teruk kot, seriously rasa bersalah. Aku xpush dari awal. nak push macam mana aku pun goyang. Haha. Apapun, yang aku nampak, korang dah berjaya dapatkan apa yang korang nak. Cuma tinggal usaha untuk dapat segulung ijazah. Teruskan usaha korang !


Batchmates pun rindu gak. Balik haritu pun ade yang ajak aku pi Melaka. Korang still lagi calling2 aku bila aku balik. Wow, seriously, korang anugerah paling berharga.


thanks Tery aka ketua kelas untuk gambar ni ^__^


This video really remind me that I have great friends in da world.



I dont know what was written for me and you but I hope we will meet again at jannah.


Sahabat, kau ada tika aku duka, tika aku bahagiaaaa...



Akhir kata, jangan lupa baca qunut nazilah :') *prayforGaza* *praytoAllah* *readQuran* *trustinAllah*